Khasiat Delima


Buah Delima merupakan salah satu buah yang sangat terkenal dengan kandungan nutrisinya di seluruh dunia. Buah tersebut berasal dari India Utara, Pakistan, Iran dan Afghanistan. Selain itu, buah ini juga boleh didapati di Malaysia, Asia Selatan, California, Afrika dan lain-lain.
Buah ini berwarna oren kekuningan, merah ataupun ungu. Isinya pula berwarna merah jambu dan mempunyai biji yang kecil. Rasanya manis berjus.

Antara Khasiat Delima

1. Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit

2. Melancarkan peredaran darah

3. Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)

4. Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita

5. Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan.

6. Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan

7. Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout

8. Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala

9. Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas.

10. Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi 

11. Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)

12. Merapatkan rahim dan juga menyuburkan rahim.

13. Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam

14. Awet muda

15. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis

16. Menghapuskan kahak dan meredakan batuk

17. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua, dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung.

18. Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin.

19. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah

20. Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf.

21. Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. 

22. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata




Khasiat Tambahan Kepada Lelaki

Mengurangkan Risiko Mati Pucuk. Pemakanan dan peminuman buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis. Kandungan anti oksidanya yang tinggi boleh mengelakkan anda daripada risiko penyakit-penyakit tersebut.
Merawat Kanser Prostat. Kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan buah delima boleh mengurangkan dan dalam beberapa kes boleh menyembuhkan pesakit kanser prostat.

Khasiat Tambahan Kepada Perempuan

Memberikan Kesihatan Ketika Mengandung. Buah delima mengandungi niacin, asid folik, potassium, kalsium, vitamin c, zat besi dan serat yang tinggi. Kandungan ini boleh mengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan perkembangan bayi.
Sifat buah delima yang anti inflamasi mengekalkan peredaran darah, sangat baik untuk perkembangan fetus bayi. Selain itu, buah delima mempunyai potassiun yang mana boleh mengelakkan kekejangan semasa mengandung. Pengambilan buah delima secara berkala oleh ibu yang mengansung boleh mengurangkan risiko kelahiran tak cukup bulan.
Pengambilan jus delima semasa mengandung boleh mengurangkan kekejangan dan masalah tidur yang biasanya dialami oleh wanita yang berbadan dua. Delima juga boleh meningkatkan kadar peredaran darah ke janin, yang mana boleh mengurangkan risiko kerosakan otak.
Mengurangkan Risiko Kanser Payu Dara. Kajian menunjukkan bahawa kandungan ellagitannins dalam buah delima boleh mengelakkan perkembangan sel kanser payu dara.