Darah Tinggi



Menurut kajian pakar-pakar sains daripada Universiti Oxford, United Kingdom, penyakit vaskular otak merupakan punca utama terjadinya tekanan darah tinggi, bukannya penyakit vaskular pada jantung seperti yang dipercayai sebelum ini. Protein yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai JAM-1 didapati bertanggungjawab bagi memerangkap sel darah putih yang kemudian menyebabkan keradangan dan menghalang aliran darah, mendorong kepada kekurangan bekalan darah pada otak yang kemudian tidak dapat mengawal tekanan darah dalam badan secara efektif.


DEFINISI DARAH TINGGI (HYPERTENSION)
Tekanan darah tinggi atau hipertensi ditakrifkan sebagai tekanan darah tinggi berulang kali melebihi 140, 90 mmHg - tekanan sistolik (bacaan atas) melebihi 140 atau tekanan diastolik (bacaan bawah) melebihi 90. Tekanan darah normal ialah bacaan atas 100-140 dan bacaan bawah 60-90, tekanan darah tinggi terjadi apabila bacaan melebihi 140/90 seperti gambar di atas.
Terdapat 2 jenis tekanan darah tinggi :- 


TEKANAN DARAH TINGGI PRIMER (PRIMER HYPERTENSION)
Tekanan Darah Tinggi Primer @ Hipertensi Primer lebih cenderung untuk berkembang secara berperingkat selama bertahun-tahun. Antara punca lain seperti :-

1.  Sejarah Hipertansi dalam keluarga
2.  Kegemukan
3.  Pengambilan garam dan alkohol yang melampau
4.  Merokok
5.  Tekanan yang melampau



TEKANAN DARAH SEKUNDER (SECONDARY HYPERTENSION)
Jenis tekanan darah tinggi ini disebut hipertensi sekunder, ia lebih cenderung untuk muncul tiba-tiba dan menyebabkan tekanan darah yang lebih tinggi daripada hipertensi primer. Tekanan hipertensi sekunder seperti berikut :-

1.  Pertumbuhan tumor pada kelenjar adrenal
2.  Masalah buah pinggang
3.  Kecacatan tertentu dalam saluran darah sejak kelahiran
4.  Sesetengah ubat, seperti ubat selsema, ubat anti-loya dan beberapa ubat terkawal, dadah.


RISIKO TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi yang berterusan adalah salah satu faktor risiko untuk strok, kegagalan fungsi jantung (heart attack), aneurisme arteri dan adalah punca utama kegagalan fungsi buah pinggang yang amat kronik. Darah tinggi juga boleh menyebabkan perubahan saluran darah di belakang mata (retina) yang menyebabkan rabun atau BUTA.

1.  Strok
2.  Serangan sakit jantung
3.  Aneurisme Arteri

4.  Kegagalan fungsi buah pinggang
5.  Rabun atau lebih parah BUTA.



  Tahukah anda,bagaimana Minyak Kelapa Dara dapat membantu masalah darah tinggi?









Keradangan Otak
Baru-baru ini telah dikenal pasti oleh pakar sains British bahawa salah satu punca penyakit darah tinggi adalah disebabkan oleh keradangan otak. Keradangan ini terjadi apabila protein JAM-1 yang menghalang sel darah putih dan menyebabkan gangguan aliran darah sekaligus menjadi penyakit darah tinggi. Berkemungkinan, apabila menggunakan minyak kelapa dara dengan kerap, ketone asid yang terdapat dalam minyak kelapa dara ini dapat membantu 120 billion sel neuron mendapatkan sumber tenaga dan mengatasi masalah keradangan pada otak ini. Sekaligus dapat memperbaiki masalah aliran darah dan mungkin dapat menyembuhkan penyakit darah tinggi.
Saluran darah tersumbat (Atherosclerosis)
Saluran darah yang tersumbat seperti yang dinyatakan di atas juga merupakan faktor kepada tejadinya penyakit darah tinggi. Dengan menggunakan minyak kelapa dara, kandungan MCFA yang terdapat didalamnya bertindak sebagai antioksidan yang dapat membunuh kuman, bakteria dan virus sekaligus memecahkan plak-plak yang melekat pada saluran darah ini. Dengan pengamalan minyak kelapa dara setiap hari, saluran darah akan menjadi bersih tanpa plak dan lebih kuat.
Platlet Darah Pekat
Platlet dalam darah yang pekat adalah disebabkan oleh Non-Alcoholic Fatty Liver dimana sel-sel di dalam organ hati yang rosak dan menyebabkan pembekuan platlet darah dengan lebih cepat. Apabila sel-sel darah lebih pekat, jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat untuk membolehkan darah sampai ke seluruh badan. Jantung akan membengkak dan menyebabkan masalah penyakit darah tinggi dan yang lebih kronik seperti serangan sakit jantung. Minyak kelapa dara mengandungi Vitamin K yang akan pergi kepada organ hati dan memperbaiki sel-sel organ hati yang bermasalah. Setelah sel-sel organ hati ini kembali pulih, secara automatik kepekatan darah akan kembali normal dan mengurangkan risiko penyakit darah tinggi menjadi lebih parah.



Privacy Policy

Advertising Cookies
Google is one of these third-party vendors, and uses cookies to serve ads on usahasihat2u.blogspot.my. Google uses a special DART cookie that enables it to serve ads to you based upon your visit to this site and other sites on the Internet.
Users may opt out of the use of the DART cookie by visiting the Google ad and content network privacy policy.