Strok - Angin Ahmar , Herba Penyembuhan Strok / Angin Ahmar

Strok adalah punca utama yang ketiga bagi kematian di Malaysia. Di seluruh dunia, strok adalah penyebab kedua paling biasa bagi kematian dan penyebab utama bagi kehilangan upaya orang dewasa. Setiap tahun, jutaan orang menderita serangan strok. Ia juga antara empat penyebab utama kematian di negara-negara ASEAN, dengan jumlah kasar kematian antara 10.9/100,000 (Thailand) kepada 54.2 bagi setiap 100,000 (Singapura).



Apa itu strok atau serangan angin ahmar?
Strok adalah keadaan apabila otak kehilangan bekalan darah sama ada kerana pembuluh darah tersumbat (trombosis), pembuluh darah menyempit (stenosis) ataupun pembuluh darah pecah yang menyebabkan pendarahan dalam otak. Ada dua jenis strok, iaitu strok iskemia dan strok berdarah.

Bagaimana strok berlaku?
Bagi strok iskemia – pembuluh darah dalam otak tersekat oleh gumpalan darah beku di dalam pembuluh (trombus), plak aterosklerotik pecah, ataupun oleh emboli (darah beku yang bergerak dalam saluran darah yang kemudiannya tersekat di pembuluh darah otak).
Bagi strok berdarah, ia berlaku apabila terdapat aneurisme (bengkak atau gelembung pada arteri) atau kecacatan pembuluh darah di otak pecah dan berlaku pendarahan ke dalam otak. Ia biasanya dikaitkan dengan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal.

Tahukah kita bahawa 80% daripada serangan strok dapat dicegah?
Serangan strok dapat dicegah sekiranya setiap orang mengambil langkah bagi mengelak penyakit ini daripada berlaku. Usah sekali-kali menyangka bahawa kita tidak berisiko diserang strok. Sesiapa sahaja mungkin diserang strok tanpa mengira sama ada kita lelaki ataupun perempuan, muda ataupun tua, apa jua etnik kita.


PUNCA STROK

1. Keadaan kesihatan individu
Hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi), kolesterol, arteriosklerosis (pengerasan pembuluh darah), gangguan jantung, diabetes, sejarah keturunan strok dalam keluarga dan migrain boleh menyebabkan terjadinya strok. Berdasarkan statistik 80% pesakit darah tinggi dan arteriosklerosis adalah berisiko terkena serangan strok.

2. Gaya Hidup dan Cara Pemakanan
Gaya hidup dan pola pemakanan yang tidak seimbang seperti merokok,makanan segera, makanan proses dan makanan ringan menyumbang kepada penyakit strok ditambah lagi dengan kurangkan bersenam. Sikap mudah marah, murung dan lain2 sikap negetif turut memudahkan seseorang diserang strok.


GEJALA

Anda lebih mudah merawat strok atau menghindarkan strok sekiranya mengetahui tanda-tanda awal gejala penyakit strok.

Tanda-tanda serangan stroke :

- Rasa pusing kepala, sakit kepala yang mendadak tanpa sebab yang jelas.
- Rasa bingung, celaru dan keliru.
- Sebelah mata kabur secara tiba-tiba.
- Susah untuk berjalan dan hilang keseimbangan badan secara mengejut.
- Terasa seperti hendak mati dan dan kaku/kebas pada muka, tangan kaki atau sebahagian tubuh sahaja.
- Rasa mual dan muntah-muntah
- Terasa seperti hendak pitam, atau pengsan secara tiba-tiba.

Menurut Penasihat Neorologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Julia Shahnaz Merican,  setakat ini 70 peratus daripada mangsa serangan angin ahmar tidak menyedari diserang penyakit itu.

Apakah yang dapat kita buat bagi mengelak serangan strok?
  • Kawal tekanan darah sekiranya kita mempunyai penyakit darah tinggi. Setiap hari, pantau tekanan darah dan makan ubat yang diberi. Jangan mengatur sendiri ataupun berhenti makan ubat tanpa nasihat doktor.
  • Berhenti merokok! Perokok terdedah kepada risiko serangan strok dua kali ganda berbanding bukan perokok.
  • Kekalkan berat badan yang sihat.
  • Diet sihat dan seimbang.
  • Penghidap kencing manis perlu mengawal pengambilan gula secara optimum.
  • Dapatkan pemeriksaan bagi degupan jantung yang tidak normal.
  • Bersenam dan kekalkan gaya hidup aktif.
  • Elak atau kurangkan pengambilan alkohol.

CARA MERAWAT PENYAKIT STROK/ CARA MENGHINDARI


1. Elakkan dan berhenrti merokok

Merokok menyebabkan atherosclerosis (pengerasan dinding pembuluh darah) dan membuatkan darah menjadi mudah menggumpal.

2. Pemeriksaan tekanan darah secara rutin

Tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan pembuluh darahmengalami tekanan berlebihan.

3. Penyakit jantung

Sekiranya terdapat gejala atau gangguan jantung seperti detak yang tidak teratur atau kadar kolesterol tinggi, anda seharusnya mendapatkan rawatan susulan doktor untuk mengelakkan terjadinya serangan strok.

4. Kawal stress dan tekanan perasaan dengan baik

Stres atau depresi  menggangu kesihatan jantung, kawal dan tangani stress dengan bijak.

5. Menjaga Pemakanan

Ikut piramid makanan, lebihkan sayuran dan buahan supaya makanan berserat itu dapat mengawal lemak, kurangkan lemak , garam dan gula. Hindari makan daging merah terlalu banyak kerena lemaknya menyebabkan pembuluh darah mengeras.


Produk Garam Buluh untuk rawatan stroke


Produk Garam Buluh memang berunsur alkali dan kaya dengan banyak mineral. Alkali amat sesuai untuk menuteralkan asid yang menjadi punca sakit stroke. Ditambah pula dengan kepekatan darah yang meningkatkan tekanan darah tinggi, kandungan mineral terutama magnesium Garam Buluh mampu mengimbangi kepekatan darah dan boleh dicairkan untuk lebih lancar.
Kepekatan darah juga disebabkan kolestrol yang tinggi, Garam Buluh amat berkesan memecahkan kolestrol dan menyingkirkan supaya tidak membentuk "plak" dalam pembuluh darah yang menyempitkan aliran. Garam Buluh membantu menyelesaikan masalah plak dan membolehkan kelancaran aliran darah tanpa gangguan.
Apabila keadaan darah sudah cantik, aliran pembuluh darahsudah lembut, pembuluh darah sudah tidak lagi sempit, ini akan mengembalikan kecergasan pesakit stroke.
Cara amalkan produk Garam Buluh iaitu campurkan setiap satu sachet dalam.air minuman sebanyak 200-350ml dan diamalkan minum setiap hari pada sebelah pagi, tengahari dan malam. Boleh diambil sebelum atau selepas makan. Usah risau sebab Garam Buluh bukannya ubat kimia, Garam Buluh dikategorikan pemakanan organik yang mujarab.
Dalam.masa yang sama, boleh dicampurkan Garam Buluh dalam masakan untuk dihidangkan.kepada pesakit stroke. Dicadangkan guna garam mineral ini dan tinggalkan garam biasa yang berkimia, berasid dan bertoksin yang akan menjejaskan sakit stroke.