Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans)



Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi. Akarnya mengandungi betulin dan sebatian triterpenoids.
Daun kering tumbuhan Belalai Gajah mengandungi protein mentah (> 45%) dan 17 jenis asid amino. Nilai khasiatnya tinggi dengan kandungan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin, asid amino, dan lain-lain yang memberi nilai perubatan yang baik atau kegunaan rawatan yang istimewa.
Keunikannya ada pada kandungan Vitamin C, protein mentah, serat, mineral, dan lain-lain yang amat tinggi. Vitamin C berkesan menghapuskan radikal bebas dalam badan kita.
Selain serat kasar dan kandungan kalsium yang tinggi, Daun Belalai Gajah juga tinggi dalam kandungan zat-zat yang lain. Daun ini juga mengandungi mineral sampingan tertentu seperti besi, zink, mangan, tembaga dan nikel. Kandungan Fosforus, kalsium dan magnesium dalam tumbuhan ini adalah tinggi. Oleh itu, mengamalkan pemakanan Daun Belalai Gajah memberi keberkesanan yang amat baik dalam pembekalan mineral dan mengekalkan keseimbangan sistem badan.

Privacy Policy

Advertising Cookies
Google is one of these third-party vendors, and uses cookies to serve ads on usahasihat2u.blogspot.my. Google uses a special DART cookie that enables it to serve ads to you based upon your visit to this site and other sites on the Internet.
Users may opt out of the use of the DART cookie by visiting the Google ad and content network privacy policy.